Spaghetti Carbonara
Saya suka mkn carbonara. Try cari kat Martha Stewart website. Saya adjust sikit resepi dia, jadila begini.. hehe. Ramai member minat!
Bahan:
Spaghetti 1/2 packet (5 org makan)
1 1/2 kotak kecil susu segar
2 sudu tepung gandum (dibancuh air)
2 sudu besar plain yogurt
Lada hitam serbuk kasar
1 kiub ayam
1 sudu besar butter
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
2 ketul bawang putih (dicincang)
Bahan optional:
Daging kisar (goreng dulu dgn sedikit minyak)
Cendawan butang (potong 2)
Mozarella cheese (jika ada)
Cara:
1- Rebus spaghetti. Sudah masak, terus basuh dgn air sejuk. Asingkan
2- Dalam mangkuk, campur susu, tepung gandum, yogurt, lada hitam, parmesan cheese. Kacau sebati.
3- Panaskan kuali, masukkan butter. Tumis bawang putih + kiub ayam.
4- Masuk bancuhan susu tadi. Atas api perlahan, pukul bancuhan dgn pemukul telur. Kacau hingga pekat. Jika terlalu pekat, tambah air masak.
5- Masuk bahan optional (jika ada). Kacau lagi.
6- Siap. Hidang dgn spaghetti.
7- Nak sedap, tabur sedikit mozarella cheese, bakar dlm microwave (medium, 4 minit). Mozarella akan menjadikan hidangan lebih cheesy.
8- Enjoy!
9 comments:
salam .... thanks kerana menbongkar rahsia cabonara lepas ni tak perlu lagi nak pi cafe masak kat umal 100% halal
wow..mmg carbonara ni sdp..tp x penah try bwt sndiri tau bli je.hihi.pasni seriusly mmg nk try.tgk pic dh rase lapa.thanks..:)
Wah.. byk lagi komen rupanya... tq.. tq!
Lama dah i buat ni.. rindu gak nak buat lagi..
Hmm.. esok buat lah!
Ni boleh tambah sayur ke, scallop ke, udang ke.. ikut citarasa lah. Klu no budget, spaghetti & kuah pun dah cukup!
Sorry lambat reply! Selamat mencuba!!
thanx!!!! dh try,baca je ur blog ni,immediately g dapor nk try..hehe..sdp sgt..thanx again..=)
yeke!.. tq sbb try resepi!!
baru buatt , sedap sgt , tyvm :)
tak perlu isi garam ker?
Sgt sedapp!! Thanx for d resipi!! (^_^)v
susu segar kotak kecil means= kotak 250mls tu ke?
Post a Comment