Baked Potato, Tomato & Capsicum

Resepi ni saya buat utk kawan saya datang ke rumah secara tiba-tiba. So, boleh buat dgn segera secara emergency.


My Fav. Untuk penggemar sayur & cheese.


Baked Capsicum & Tomato
Bahan:
Capsicum & Tomato (buang isi) -(Capsicum boleh belah 2) - 10 bekas semuanya
Mix vege (thawed)
Minced meet/ sausage dicincang
Bawang putih & kecil cincang (3:2)
Black pepper, mixed herb, basil leaf
Olive oil

Sos
Cheddar cheese (1/2 block)
Cream cheese (2 sudu)
Butter (2 sudu)
fresh Milk

Cara:
Tumis bawang, masak daging + mixed vege. Masuk garam, basil leaf. Hingga cukup masak, asingkan.
Sediakan sos. Masuk semua bahan soso, kacau & adjust dengan susu jika terlalu pekat.
Masuk inti mixed vege daging dlm tomato & capsicum. Susun dalam dulang bakar.
Tuang sos keju dlm setiap capsicum & tomato hingga penuh.
Tabur black pepper & mixed herb.
Tabur olive oil atas & dlm dulang bakar.
Panaskan oven 180C 10mnt.
Masukkan semua, bakar 25 mnt hingga nampak keju jadi brown color & capsicum sedikit brown & layu.
Dah masak, keluarkan dr oven, tutup dulang bakar dgn alumn. foil. Tunggu seketika 10mnt (utk lebih meresap & masak semulajadi).
Hidang panas.

Nachos, cheese & Peas Sauce


Serious sedap!. Mana lah saya letak resepi utk Peas Sauce & Cheese Melt tu. Tak ingta. Tapi rasa dia saya ingat. Buat ni sebab selalu makan kat kedai. Kan mahal. So, saya buat berdasarkan apa yg saya dah rasa kat kedai.
Sos kacang peas tu, saya masak dgn sour cream. Kacang peas frozen tu saya rebus & blend sampai hancur.
Cheese yg melt tu masak atas api je; chedar cheese & susu segar. Kacau sampai pekat, tabur atas nachos.
Daging kisar masak kejap dgn pepper atas kuali.
Tomato, bawang hijau fresh, gaul dgn salad vinegar.
Nachos rangup tu; beli roti tortila kat tesco or giant or carrefour ke.. ada kat bahagian roti. Pastu masuk dlm oven, bakar kejap. Potong2 dulu ikut suka.
Dah susun atas pinggan hidang, (nachos, daging, sayur) tabur cheese melt. Masuk dlm microwave kejap.
Nak makan, letak peas sauce kat tengah sebagai dip dia.
Nyam2!

Choc Mint Cheese Cake with Oreo






First time buat. Resepi tak berapa ingat kalau tanya sekarang. But saya dpt kat website mat salleh. Menjadi ok!  Tersangat sedap..Ada rasa mint sekali.  Tak pernah rasa kat kedai, walau secret resepi sekali pun. Percayalah!.. Heheh.
Bila lagi saya nak buat, saya tak tau. Resepi kat komputer ofis.. Sila comment utk resepi. Dulu ada kawan minta , tapi bila dia buat tak menjadi. Takut juga saya sebab saya bagi resepi betul.. tak tipu.. dgn petua sekali. Tulah. Lain tangan, lain hasilnya. Betul tak?

Macaroni Cheese (Light)


Yang ini tak inat buat bila. Rasanya asa tgh boring.. tak tau masak apa.. cari bahan kat peti sejuk.. dan masak. Masak apa yg ada saja. Malas nak keluar. Yg saya ingat, ada cream cheese, garlic, oregano, pepper, basil leaf. Buat kuah pekat, gaul dlm kuali macaroni tu. Ala,, senang je..

Bubur Lambuk

Ini boleh kata specialty saya juga sejak zaman kat U dulu. Jarang2 buat. Sesekali buat sedap.. Takyah tunggu bulan puasa. Ada letak rempah beriani, rempah sup, rempah kari, santan. Yang lain bahan tumis biasa ( bawang, halia). Jgn lupa bunga lawang, cengkih, kayu manis. Paling penting air daging & daging cincang.

Homemade Red Velvet Cake






Ini baru je buat tadi. Whole cake i bahagi 3 dah selang selikan dgn lemon cream cheese.
Secara jujur, ini first time saya buat macam ni. Selalu buat cupcake. Dan nampaknya sgt sesuai utk bisnes cake Frommommywithlove saya! Cake ini saya buat utk promote my bisnes. Ok tak?

Siakap Stim Limau

Ini percubaan pertama saya. Sedap! (Perasan tapi hubby puji, okeh!) Presentation kena baiki lagi. Ikan tu basuh air asam bersih2. Susun dlm bekas stim. Tabur la carrot, tomato, halia. daun limau purut, serai & garam. Tutup. Stimkan. Pastu, Bila dah separuh masak, perah limau nipis sikit. Jgn banyak, nanti rasa pahit. Tutup balik. Stim sampai masak.

Siakap 3 Rasa


Saya tak ingat bila buat ni. Tapi nama dia memang siakap tiga rasa. Kalau nak tanya resepi dia sekarang memang tak ingat. Tapi basic dia mcm biasa.. tumis bawang2, halia, tumis cili kering kisar, letak tomato sos, sos tiram, sos ikan.... Haa.. Masuk la carrot potong panjang, tomato baby, Gula, garam, air.. ikut rasa la.. ok!

Yang penting ikan siakap tu mesti deep fried . Garing! Jangan letak kunyit.

Pancake Tower

Ini normal pancake. English breakfast. Boleh pakai yg instant (dlm kotak), atau cari je mana2 resepi kat internet, masak & susun tingkat mcm ni. Selang seli dgn susu pekat or custard. Ikut suka. Just nak bagi variety utk hidangan breakfast. Hubby mesti suka punya lah!

Baked Potato, Tomato & Pasta

Dah lama sesangat saya tak update blog ni. terus terang saya terlalu bussssyyy!  Super bussssyyy!.. Macam perdana menteri. Yelah, sayalah mummy, wife,menantu, anak, arsitek, bussiness woman (Chewah!), tukang masak, tukang jahit, designer, tukang cuci rumah, baju & sebagainya. Basuh kereta pun saya buat! Apa saja! Cakap saja mau apa.. hahahahhh!

Tadi tengok balik folder2 gambar yg tak update lagi. Mana2 gambar yg saya sempat amik, saya post sini. Now dah jarang amik gambar masakan. Dulu galak juga la.. Masa baru2 berumah tangga dulu.. hehe.

Ok, enjoy je ok apa yg saya upload ni.. Yg saya tak tulis resepi tu, minta la dr saya.. k!

Tak ingat pulak bila buat ni. Baked Potato & Tomato with Pasta. Pasta ni adik bongsu saya buat (Safwan). Dia masak pasta to dgn carrot yg direbus (lecek) & bahan2 rempah western biasa.

Tomato & potato tu simple je, letak sour cream, mayonis, & rempah2 biasa; dan bakar. Masakan yg sesuai utk org lapar & takde masa. Ringkas.